geledah kt sini<--

Sunday 21 August 2011

Doa utk kite~ amalkanlah.......

Amalkan lah doa akhir zaman ini... Moga kita & sekelian UMAT MUHAMMAD Sallallahu ‘Alaihi Was Sallam sama-sama di beri Restu, Pimpinan, Petunjuk, Kerahmatan, Keberkatan, Keredhaan, Kasih Sayang, Perlindungan ALLAH & dipelihara ALLAH dari fitnah Akhir Zaman ... Insyallah.

DOA AKHIR ZAMAN
ALLAHUMMAGHFIRLI UMMATI SAYYIDINA MUHAMMAD …
ALLAHUMMARHAM UMMATI SAYYIDINA MU...HAMMAD ...
...ALLAHUMMA ASHLIH UMMATI SAYYIDINA MUHAMMAD …
ALLAHUMMAJBUR UMMATI SAYYIDINA MUHAMMAD …
ALLAHUMMA A’FI UMMATI SAYYIDINA MUHAMMAD …
ALLAHUMMA FARRIJ A’N UMM...ATI SAYYIDINA MUHAMMAD …
FARAJA A’JILAN YA ARHAMARRAHIMIN …
Maknanya:
Ya ALLAH, ampunilah umat Muhammad.
Ya ALLAH, kasihanilah umat Muhammad.
Ya ALLAH, baguskanlah umat Muhammad.
Ya ALLAH, berilah ganti umat Muhammad.
Ya ALLAH, tutupilah umat Muhammad.
Ya ALLAH, sejahterakan lah umat Muhammad.
Ya ALLAH, lapangkan lah umat Muhammad selapang-lapangnya dengan cepat.
Wahai Dzat yang paling penyayang dari semua penyayang.

Saturday 6 August 2011

we are special~

Setiap daripada kita dilahirkan daripada rahim seorang ibu. Biar sehebat mana kita membenci diri sendiri, jangan pernah lupa bahawa suatu ketika dahulu kelahiran kita pernah disambut penuh tawa, girang gembira oleh ibu dan ayah. Biarpun satu dunia membenci, ingatlah bahawa kita tetap istimewa. Oleh sebab itulah Allah masih membenarkan kita hidup bernyawa. Jika ada satu perkara yang harus disedari supaya kita tidak merasa lemah, itulah dia,  “We are special!“.



   Kita punya akal. Jika tidak, mustahil kita dapat membaca artikel ini. Akal adalah anugerah Allah yang tidak terhingga. Ia membezakan antara manusia dan haiwan, juga tumbuh-tumbuhan. Manusia yang sering menghina diri sendiri dan bersikap lemah di hadapan orang lain sebenarnya sedang bersikap kufur dengan nikmat Allah. Dia tidak tahu menghargai nikmat akal yang dianugerahkan kepadanya. Seolah-olah penghormatan Allah itu tidak mahu diterima dan dianggap tidak bernilai.
“Aku bodoh, mereka pandai…aku lemah tak punya apa-apa, mereka hebat”
   Orang yang tidak tahu menghargai diri sendiri adalah orang yang tidak tahu berterima kasih dan bersyukur kepada Allah. Maka, menyedari bahawa we are special adalah jalan menuju syukur.
 
 
Firman Allah:
 

   Keangkuhan kita, keengganan kita untuk menghargai ciptaan Allah iaitu diri sendiri boleh mengundang murka Allah dan menjatuhkan martabat kita di sisi-Nya. Firman Allah:

Apabila kita telah menyedari bahawa kita adalah istimewa, kita akan lebih bersyukur. Kesyukuran itu membawa kita menggunakan segala keistimewaan untuk berbakti dan taat kepada Allah. Kesedaran itu akan mengubah persepsi kita dalam kehidupan dan menjadikan kita lebih bertenaga untuk melangkah. Kita tidak lagi merasa sedih dan lemah di sisi manusia. Bahkan, itulah yang dikehendaki Allah.

 Kesimpulannya, ada 1001 sebab yang boleh kita rungkaikan untuk membuktikan bahawa “we are special!“.